Tuesday, September 15, 2015

Misi Third Force

Assalamualaikum..

Maaf ye kalau entry malam ni agak weng-weng.Sebab saya sendiri pun tak tahu apa yang saya nak sampaikan ni akan betul-betul sampai ke tidak. Tapi niat saya cuma satu - menyampaikan. Mungkin ada yang akan cakap "ala...bukan ramai mana pun yang baca blog Diary Super Ummi ni, " tapi tak pe, saya tak kisah..asalkan saya berkongsi. 


Sejak akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan macam-macam kejadian, dan yang terbaru ialah ujian yang menimpa jemaah kita di tanah suci. Saya tak mau ulas panjang bab tu, (kalau nak baca lebih lanjut, boleh click SINI untuk teruskan bacaan.) Masih ingatkah kita dengan ujian yang Allah turunkan buat saudara-saudara kita di negeri Kelantan? 


Masa kejadian banjir besar melanda Kelantan, salah seorang sahabat saya (sekolah lama), mengharungi pengalaman melahirkan dan berpantang di pusat penempatan. Sebak bila mendengar "live" apa yang terjadi tatkala itu. Kemudian, umi abah saya pulang ke kelantan untuk menziarahi saudara-saudara kami di sana. Kata abah, bapa saudara umi nyaris dihanyutkan arus deras. Allahu... pernah tak kita terbayang apa akan jadi apa kita, seandainya ujian begitu Allah timpakan buat kita? 


Entahla..saya perasan sejak saya mula bergelar ibu, hati saya semakin cepat tersentuh! Cepat sebak! Mungkinkah kerana saya yang semakin "dewasa" meniti usia? 


Dalam "keseronokan" melayari laman Facebook, saya tertarik dengan page Raja Shamri. Pada mulanya saya cuma mengikuti perkembangan bantuan mangsa banjir, dan kemudiannya saya lihat PAGE INI semakin rancak update tentang misi-misi bantuan yang lebih dikenali sebagai Third Force. 


Allahu...
Rupanya, di sebalik tangisan kesedihan saya, masih ramai lagi yang menahan tangisan kerana tidak ada tempat tinggal..
Di sebalik "keperitan" saya memikirkan masalah-masalah saya, masih ramai lagi yang menanggung keperitan kerana hilang harta benda..
Dan...di sebalik riangnya gelak tawa anak saya, masih ramai lagi yang menahan sebak apabila anak mereka didiagnos menghidap penyakit yang memerlukan pembedahan segera. 







Semua gambar ini dari page Raja Shamri


Saya salute dengan team Raja Shamri, tak pernah putus memberi bantuan dari segi kewangan, perkakasan, moral supports dan sebagainya. Malu rasanya apabila kadang-kadang saya masih "berperang" dengan diri sendiri betapa saya diuji "dengan beratnya". Allahu...


Yang terbaru, team Raja Shamri tengah mengusahakan untuk membantu adik Khairul yang menjalani pembedahan jantung. Kalau tak silap saya, pembedahan telah pun selesai, dan kini hanya menanti detik adik Khairul sedar dan dipindahkan ke wad biasa. 


Saya ralat dengan kenyataan berbaur sentimen yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu, ada jugak dalam kalangan ahli keluarga terdekat saya juga. Bagi saya, saya setuju dengan Raja Shamri, ini bukan masanya untuk menapis kau aku berada di pihak mana. Sekarang adalah masa untuk menyalurkan bantuan. Mereka ini masih tidak ada rumah untuk didiami, mereka ini masih trauma dengan kejadian yang menimpa, dan mereka ini perlu sokongan untuk kembali bangun dan berjalan. Slogan kemerdekaan kita "sehati sejiwa", tapi, sejauh manakah kita mengaplikasikan slogan tersebut dalam jiwa raga kita? 


Tujuan saya share dalam entry kali ni, bukanlah untuk bermegah-megah atau apa, saya cuma nak menyebarluaskan info ini, mana tahu ada yang ingin membantu atau berkongsi. Saya tak boleh nak bagi no account Raja Shamri, sebab ini public. Jadi, saya cadangkan bagi sesiapa yang ingin membantu, click SINI untuk terus ke page beliau dan boleh terus berinteraksi dengan beliau. Jangan risau, beliau seorang yang friendly, dan akan respon segala pertanyaan dengan secepat yang beliau mampu.


Kadang-kadang kita tak tahu dengan perbuatan kita yang mana, Allah akan angkat kita ke syurga. Saya nak pinjam kata-kata Raja Shamri, marilah kita sama-sama jadi orang baik, sama-sama doakan supaya misi ini dipermudahkan. 


Sekian~babai


Sunday, September 6, 2015

Resepi Laksa Mudah (Tanpa Belacan)

Assalamualaikum.

Bila mood berblogging sampai, sepantas kilat kena capai keyboard. Jangan lengah! Nanti semua idea lari bertaraboq!

Last week cuti merdeka yang ke-58, saya dengan bangganya berjaya membuat laksa SENDIRI! Kalau dulu buat dengan bantuan umi kat sebelah merangkap tukang rasa, tapi sejak-sejak dah berjauhan dengan umi abah ni, kenalah berdikari kan.. Kalau tak kempunan lah anak mak mertua saya kat rumah ni. (hohohohoh!)


RESEPI LAKSA 

Bahan-bahan (untuk kuah) 

1) Ikan sardin / ikan yang bersesuaian (saya guna ikan kembong yang besar, beli kat Pantai Remis)
2) Bawang merah (5 ulas)
3) Bawang besar (3ulas)
4) Cili kering 
5) Bunga kantan 
6) Daun kesom 
7) Asam keping 
8) Perencah hilal 


Laksa 
1) Asam keping 
2) Laksa (sebungkus) 


Rencah-rencah 
1) Telur rebus 
2) Bawang besar (potong mayang)
3) Cabai merah/cabai melaka
4) Limau nipis 
5) Daun salad/ selom (ikut cita rasa) 



Cara- cara : 
Untuk laksa : 

*rendam dulu laksa dalam sejam (supaya dapat jimat masa merebus)
*rebus dan letak asam keping sikit


Kuah Laksa : 
* bahagikan ikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama rebus seperti biasa. Bahagian kedua ikan tu letak garam, gaul dan goreng. 
*perisikan ikan-ikan yang telah direbus dan yang digoreng (asingkan tulang-tulang)
*blend isi-isi ikan 
*blend tulang-tulang ikan (tapis sebelum campurkan ke dalam periuk kuah) 
*masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang besar dan cili kering), masukkan isi ikan yang sudah diblend, bagi sekata dalam 3-5minit. 
*tapis tulang-tulang ikan yang diblend tadi ke dalam kuah. 
*masukkan bunga kantan, daun kesom. 
*masukkan garam dan perencah hilal.
*biarkan kuah sebati dengan api perlahan. 
*bila dah mendidih, sedia untuk dihidangkan! 




Ni la...hasilnyaaaaa... 

*

*

*

*

*

Rasa dah ada, tapi tetap tak boleh lawan air tangan umi! 



Oh ya, umi saya kata ada sesetengah tukang masak akan guna belacan. (Sama juga macam soalan enchek suami saya), tapi resepi turun temurun umi saya ni memang TANPA belacan. Jadi saya memang tak letak belacan dalam resepi laksa saya ni. So, for those yang memang alah dengan belacan, its ok..sila enjoy resepi TANPA belacan ni ye. 


Setelah sekian lama memendam rasa, akhirnyaaa...makanlah sepuas-puasnya. 
Tapi buat mereka yang ada anak yang masih kecil (kurang dari 2 tahun), saya memang pantang makan laksa sampai umur anak saya 2 tahun lebih. Walaupun ada yang kata "laksa sama ja dengan minum ais, kalau ais boleh minum, laksa tu boleh aje kalau nak bedal". 
Mungkin saya ni kuno kot, sebab saya sangat berpegang pada pantang larang yang umi saya dah gariskan "Ais paling kurang setahun" (And I did it for about 1 year plus), "Laksa 2 tahun" (Saya pantang sampai 2 tahun lebih). Yang lain terpulanglah pada empunya badan. Hehehhe... 


Sekian perkongsian resepi untuk hari ni. 


Sekian~babai 
SuperUmmi




Saturday, September 5, 2015

Tips Mudah Menghadapi Peperiksaan


Assalamualaikum! 

Holla! 
Hurmmmmmm..(tarik nafas yang panjang), terlalu lama rasanya tak mencoret, merapu dan meraban. Saya akui, terlalu banyak yang terjadi dalam hidup saya sejak kebelakangan ini, tapi..life must go on! Terlalu banyak mengeluh tanpa berganjak pun tak akan mendatangkan apa-apa faedah dalam hidup kan? 

So, hari ni, saya nak share beberapa tips untuk anak-anak @ adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ni. Dimulakan dengan UPSR yang akan bermula pada 8,9 dan 10 September ini. Ya, saya pun gementar juga sebab anak-anak ini merupakan anak sulong saya (walaupun bergelar anak angkat sebab saya cuma menerima mereka within 3 months sebelum exam), tapi mereka tetap anak sulong saya, yang akan menjadi satu indicator bagi kerjaya saya sebagai guru. 


Maka, anak-anak kesayangan teacher, (if you found my blog, I just want you to remember and bear in mind that, I love you all, and I'll keep praying for you all). Here are some tips yang mungkin anda boleh apply untuk diri sendiri atau untuk adik beradik, anak-anak, anak buah atau untuk diri sendiri maybe? Hehehhe... 




TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN 


1) Bersedia 

Bersedia di sini bukanlah semata-mata bersedia dengan segala ilmu dan info yang patut anda ingat dan hafal, akan tetapi bersedia juga dari segi peralatan. Pastikan anda mempunyai pensil extra yang telah diasah, supaya anda tidak akan membuang masa mengasah pensil yang telah tumpul. 

Selain itu, bersedia juga dengan minda yang tenang tanpa memikirkan masalah-masalah negara yang lain such as : "kenapa si minah tu tak tegur aku tadi lepas rehat?" "si john ni tersengih-sengih tengok aku ni dah kenapa?" "mama ni lupa lah tu aku nak makan jagung." 
Stop all these nonsense questions. Soalan-soalan macam ni memang selalu timbul dekat-dekat nak exam sebab setan memang efisyen dalam menjalankan tugas utama mereka. 



2) Jaga diri 

Ini bukanlah bermakna anda hanya perlu berkurung di dalam rumah. Tak salah kalau nak duduk di balcony atau gazebo untuk bersantai-santai, tapi jangan lakukan perkara-perkara yang mendatangkan risiko untuk anda, such as : membonceng rakan yang tidak ada lesen, berlumba basikal, dan sebagainya. 

Pastikan juga anda mengambil makanan yang berkhasiat, tidak terlalu pedas, tidak terlalu berminyak dan makan secara sederhana. Perut yang terlalu kenyang tidak dapat membantu melancarkan pergerakan anda. Sahabat-sahabat Nabi dahulu mengamalkan "berhenti sebelum kenyang" dan alhamdulillah, mereka dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk berjuang dan berkhidmat untuk keluarga. Ingat! Perut adalah pintu penyakit. 



*elakkan junk food @ fast food, amalkan makanan sunnah seperti kurma, kismis, badam dan sebagainya. Tingkatkan juga pengambilan air kosong. 




3) Rehat yang secukupnya 
Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Badan yang letih tidak akan menyumbang kepada otak yang cerdas pada keesokkan harinya. Tidur awal, dan bangun awal agar anda punyai sedikit ruang waktu untuk solat sunat hajat.



4) Jangan berhenti berdoa
Doa itu senjata orang mukmin. Walaupun pada anda, anda yakin yang anda mampu mendapat kejayaan yang cemerlang, anda tetap kena teruskan berdoa. Kerana, anda bukan mengharapkan kejayaan dalam peperiksaan semata-mata, tapi anda turut mahukan kejayaan dalam setiap cabaran yang anda bakal tempuhi kan? Jangan jadi manusia yang sombong, atau manusia yang pentingkan diri, hanya berdoa ketika memerlukan pertolongan semata-mata. 

Amalkan surah An-Nasyrah ini selalu, saat anda keluar dari rumah hingga sampai ke tempat duduk anda. 

*petua ummi saya yang saya amalkan hingga kini : 
> baca Al-Fatihah
>Selawat ke atas nabi 
>baca surah An-Nasyrah 
>Istighfar



5) Sentiasa bertawakkal dan jangan over confident 

Tawakkal itu adalah tindakan susulan setelah kita berusaha dan berdoa. Tawakkal itu juga tanda kita sentiasa mengharapkan bantuan hanya dari Allah dan bukannya mahkluk-makhluk lain. 



6) Berbuat baik kepada ibu bapa, guru-guru dan insan-insan di sekeliling. 

Ingat, redha Allah terletak kepada redha ibu bapa, pohon ampun daripada ibu bapa sebelum anda melangkah menuju ke dewan peperiksaan. Restu ibu bapa itu adalah nikmat yang tak dapat ditukar beli walaupun dengan 2.6billion (eh?)
Jangan juga lupakan guru-guru yang telah banyak menabur bakti kepada anda, pohon ampun atas sikap anda yang mungkin mengguris perasaan mereka. 




Ok, daaahh... Saya tak mahu kupas tentang cara atau teknik menjawab sama ada dari segi baca soalan sampai habis, pastikan tulisan anda kemas dan boleh dibaca, sebab saya yakin itu adalah pesanan-pesanan yang seringkali dipesan oleh guru-guru anda di sekolah (tak terkecuali saya). 


Saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. 








Sekian~babai

Tuesday, August 5, 2014

My Daddy Is My Hero

Assalamualaikum! 

Wahh!! Lama gilaaa saya beraya..padahal cuti seminggu je pun! Kalau raya dapat cuti sebulan mesti bestkan? Hahahha! Lepas tu lemak mula berkumpul sana sini.! Hehehe..! Tapi takpa..boleh guna SET HARI RAYA L7 Vits! Hehehe.. 


Entry saya ni banyak saya kongsikan tentang ibu-ibu saja kan? Hari ni nak cerita pasal ayah lak pulak! My Daddy is My Hero! Kadang-kadang kasih sayang ayah seringkali disalah tafsirkan oleh anak. So do I. Dulu saya selalu rasa abah saya tak sayangkan saya. Tapi bila umur semakin meningkat, saya semakin berkebolehan menilai kasih sayang abah saya. Betul kata orang, kalau ibu adalah tunjang dalam sesebuah keluarga, ayah itu ialah pintu utamanya. 


Jom kaum adam! Sama ada yang dah kahwin, atau belum kahwin, yang sudah ada anak atau yang bakal menimang cahaya mata atau yang masih belum punya cahaya mata, semua boleh baca. Sebagai persediaan dan juga penambahbaikan untuk diri kita. Bila kita persiapkan diri dengan hebat, kita mampu melahirkan generasi pewaris kita yang hebat. 



Cara Menjadi Ayah/Abah/Daddy/Abi/Walid?Baba?Babah Yang Hebat


Kenali anak anda 
Anak-anak ini dilahirkan dengan pelbagai kebolehan dan keupayaan. Jangan block minda anda bahawa anak-anak adalah sama.Mungkin anda nampak anak sulong lebih perlahan perkembangannya berbanding anak kedua atau ketiga. Tetapi anda kena ingat, perjalanan mereka masih jauh dan perubahan akan berlaku dari satu masa ke satu masa. 


Tetap pendirian 
Anak-anak yang hebat bermula dari asuhan yang hebat dari seorang ayah. Maka, ayah perlu tetap pendirian tentang apa jua yang telah dibuatnya. Tapi, ini bukan bermaksud anda perlu menjadi diktator. Ayah yang tetap pendirian tidak akan ditakuti oleh anak-anak, tetapi akan dihormati oleh anak-anak. 


Mencintai ibu kepada anak-anak anda
Anak-anak akan meniru segala perbuatan yang mereka lihat dan mereka nampak. Seandainya layanan anda terhadap isteri anda baik, maka anak-anak juga akan meniru perilaku anda, mereka akan menjadi anak yang patuh kepada anda dan isteri. Begitulah yang akan berlaku sebaliknya. 


Jadi pendengar yang baik 
Lumrah kita melihat ayah adalah seorang yang garang. Ayah juga akan ditakuti oleh anak-anak. Namun, di sebalik ketegasan anda, zahirkan bahawa anda adalah seorang pendengar yang baik. Tatkala anak ada sesuatu yang ingin dikongsikan, tinggalkan segala kerja-kerja anda dan fokus pada isu yang anak utarakan. Pujuk dan bagi kata-kata semangat. Jikalau pelukan seorang ibu itu umpama magis yang dapat menghilangkan segala keresahan, maka pujukan ayah umpama ledakan peluru yang akan membangkitkan semangat juang anak. 


Mendoakan 
Doa adalah senjata orang mukmin. Jangan sesekali lupa untuk mendoakan kesejahteraan anak-anak. Kejayaan kita pada hari ini ialah hasil doa ibu bapa kita, maka anak-anak juga memerlukan doa kita untuk melakar kejayaan gilang gemilang mereka. Doa ibu bapa terhadap anak-anak adalah doa yang tidak ada hijabnya. 


Didik rohani 
Dalam kesibukan mendidik anak tentang ilmu dunia, santapan rohani anak-anak juga tidak wajar kita lupakan. Anak-anak adalah saham kita di alam barzakh dan saham kita di akhirat kelak. Di saat pertarungan kita di alam barzakh, hanya doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kita. Maka, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab rohani terhadap anak. Asuh anak mengenal Allah sejak dari kecil. Ajar anak cara solat, celik Al-Quran dan Al-Sunnah..kerana itu adalah pendinding kehidupan mereka ketika kita dipanggil menghadap Yang Maha Esa. 





!


Ok, sampai sini dulu. Saya doakan impian anda untuk bergelar ayah yang hebat akan tercapai. 
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau pembelian, boleh terus roger saya di L7 Vits 013-7975499



Sekian~babai
L7 Vits

Sunday, July 20, 2014

Maintain Kurus Dengan Set Hari Raya

Assalamualaikum!
Hye Shaklee lovers! 


Hari ni tinggal lagi 8 hari kita nak beraya. Alhamdulillah...semoga Allah terima segala amalan kita, dan kita akan istiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah. 

Bila cakap bab beraya ni kan, mesti teringat suasana beraya di kampung kan? Dengan lagu raya yang dah berkumandang sana sini. Saya dulu masa di Johor, lagilaaa...dalam hati ni berdoa, bagilah selamat sampai, nak beraya dengan keluarga ni...Hahaha! Dan, bila bab raya, mesti teringat lauk pauk juadah hari raya. Dengan lemang, lontong, ketupat, rendang, nasi tak payah cakaplah kan, memang macam-macam jenis nasi, lauk nak makan dengan nasi tu lagi.(okk, jangan teruskan membayang, cacat pahala puasa! Wakakakka!). 
So, bila dah makan berbaga-bagai jenis juadah hari raya ni, lepas je raya, mulala sketsa memaki penimbang kan? Dan-dan tu juga cakap penimbang rosakla apa la. 


Maka, bagi mengelakkan berlakunya sketsa-sketsa dan drama-drama pendek macam ni, saya nak suggestkan Set Hari Raya L7 Vits untuk kalian. 

Dalam set ni ada : 


Lecithin 
Alfafa Complex
Herb-lax 
Garlic 



Apa fungsi-fungsi 4 jenis vitamin ni? 

Lecithin : berfungsi memecahkan lemak-lemak yang ada dalam tubuh badan 

Alfafa complex : berfungsi mengangkut semua lemak-lemak yang ada dalam tubuh badan

Herb-lax : berfungsi untuk membersihkan usus di samping mengempiskan perut 

Garlic : berfungsi mengurangkan kolestrol dalam badan dan membuang angin-angin dalam badan 


Set Hari Raya dari L7 Vits 



Ahaaaa..so, amacam?
Berminat tak?
Makan banyak-banyak waktu raya, tapi masih boleh maintainkan berat badan. Tak yah buat sketsa maki penimbang. Heheheh..


Kalau berminat, boleh terus direct roger saya di  L7 Vits 013-7975499
Cepat grab, nanti jangan menyesal tau...


Sekian~babai
L7 Vits

Saturday, July 19, 2014

Tips Pilih Katil Anak

Assalamualaikum! 
Hye Shaklee lovers! 

Tadi ada satu katelog perabot sampai, ala..nak raya kan, mestilah orang-orang kedai seibuk nak promote barang-barang kedai masing-masing. Ada satu katelog tu, tunjuk katil-katil dan perabot  baby yang sangat comelllll!!! Adoilaaa...teringin okkk! Tapi, anak kesayangan saya ni mana reti lagi nak berenggang dengan ummi dia. Hehehe.. Tapi, dalam hati ummi dia, terpasang angan-angan nak deco-deco bilik anak. 


Jom check beberapa tips yang perlu kita tahu untuk memilih katil yang selamat untuk anak! 


Pilih katil yang dalam. 
Pastikan jarak antara bar katil dalam lingkungan 45mm hingga 65mm. Ini bagi mengelakkan kepala anak anda tersepit di antara bar. 


Kebersihan tilam 
Pastikan tilam sentiasa bersih dan kemas. Jangan lupa, kulit anak-anak tersangatlah sensitif. Sebelum tidur, amalkan sunnah nabi kita iaitu mengibas dahulu tempat tidur. Takut nanti ada serangga atau binatang-binatang kecil yang kita tak nampak. 


Tempatkan katil di sudut yang sesuai
Pastikan katil tidak diletakkan di tempat yang terkena cahaya matahari. Jauhkan juga dari tingkap. Tapi, pastikan pengudaraan bilik tersebut baik. Terlalu hampir dengan tingkap akan mengakibatkan habuk-habuk melekat di bar atau tilam anak anda. Di samping itu juga, bunyi bising yang datang dari tingkap juga akan mengganggu keselesaan anak anda. 


Fabrik cadar 
Pastikan fabrik cadar adalah terdiri daripada 100% kapas. Hal ini dapat mengelakkan anak daripada merasa panas dan tidak selesa. 



ihsan : google
LittleAisy mesti suka bilik macam ni.! 

ihsan : google 


Cantik kan gambar atas tu? Hahaha! Sila berangan!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau pembelian produk, boleh direct roger saya di L7 Vits 013-7975499


Salam Ramadhan
L7 Vits

Saturday, July 12, 2014

Alhamdulillah Lepas Bersin


Assalamualaikum!
Hye Shaklee lovers!


Macam mana dengan puasa hari ni? Saya doakan kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya, insyaAllah...

Hari ni saya nak share tentang ucapan "Alhamdulillah" selepas kita bersin. Pernah tak kita terfikir kenapa kita kena ucapkan "Alhamdulillah" apabila kita bersin?

Dulu saya pernah tanyakan ummi saya kenapa kena ucapkan "Alhamdulillah". Ummi saya kata masa kita bersin tu kita akan keluarkan segala kuman-kuman dari dalam badan. Jadi dengan ucapan "Alhamdulillah" bermakna kita mensyukuri nikmat Allah.

Then, yang terbaru, saya baca tentang 1 artikel. Katanya ketika kita bersin, memang benar kita mengeluarkan kuman-kuman dari badan, (sama macam ummi saya cakap), tapi dalam masa yang sama sebenarnya jantung kita terhenti. Jadi ucapan "Alhamdulillah" itu juga adalah untuk menandakan kesyukuran kita pada Allah yang membenarkan jantung kita kembali berdenyut. Subhanallah! Maha Suci Allah.

So, lepas ni kita kena latih diri kita untuk meneruskan ucapan "Alhamduliilah". Juga jangan lupa untuk latih anak-anak kita mensyukuri nikmat Allah yang satu ini.



Sekian,
L7 Vits




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.